BERITA UTAMASELANGOR

Peralatan LRA SSP3 rosak, langkah alternatif diambil elak gangguan

SHAH ALAM, 16 MEI: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) sedang giat mengatasi kerosakan peralatan salah satu pam utama di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa Tiga (SSP3).

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor, Abdul Raof Ahmad berkata, kerosakan itu menyebabkan pengurangan agihan air terawat sebanyak 40 juta liter sehari (JLH).

Bagaimanapun katanya, penyaluran bekalan alternatif sudah dilaksana bagi mengelakkan kesan gangguan kepada pelanggan yang berkemungkinan terjejas susulan insiden ini.

“Buat masa ini, masih tiada kawasan yang terjejas. Sekiranya kerja-kerja pembaikkan berlanjutan kawasan yang akan mula terkesan adalah kawasasn sekitar Shah Alam.

“Status terkini perkembangan kerja-kerja pembaikkan dan gangguan serta lain-lain maklumat akan dikeluarkan pada jam 1:00 tengah hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sila rujuk aplikasi Air Selangor dan laman sesawang www.syabas.com.my untuk maklumat dan status terkini.


Pengarang :