BERITA UTAMANASIONAL

PM hadir majlis kesyukuran setahun Kerajaan PAKATAN di Masjid Putra

OLEH NADIAH ZAMLUS

PUTRAJAYA, 9 MEI: Tun Dr Mahathir Mohamad bersama lebih 1,000 tetamu menghadiri majlis kesyukuran bersempena setahun pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN), yang diadakan di Masjid Putra, di sini, petang tadi.

Perdana Menteri tiba pada jam 7.10 malam dengan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali disambut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tun Mahathir kemudiannya berbuka puasa dan kemudiannya menyertai solat Maghrib berjemaah yang diimamkan Imam Masjid Putra, Lukman Mohd Hosni diikuti doa kesyukuran.


Pengarang :