PM, isteri rafak sembah takziah kepada Agong | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

PM, isteri rafak sembah takziah kepada Agong

KUALA LUMPUR, 22 MEI: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, merafak sembah takziah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan seluruh anggota keluarga serta kerabat Diraja Pahang atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah, hari ini.

Ucapan itu dizahirkan menerusi satu kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri.

“Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” kata kenyataan itu.


Baginda mangkat pada usia 88 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, pada 8.50 pagi tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dalam satu sidang media di Kuantan, Pahang, berkata jenazah Almarhum Sultan Ahmad Shah akan dikafankan di Istana Negara di Kuala Lumpur, sebelum diterbangkan ke Pangkalan Udara Kuantan pada petang ini.

Sallehuddin berkata jenazah akan dibawa ke Istana Abu Bakar di Pekan dan rakyat yang ingin menziarah dan memberi penghormatan terakhir boleh berbuat demikian bermula malam ini sehingga 9 pagi esok.

Jenazah Almarhum Sultan Ahmad Shah seterusnya akan dibawa ke Masjid Sultan Ahmad Shah yang terletak bersebelahan Makam Diraja sebelum dimakamkan selepas Zohor esok.

-BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next