Polis tahan mekanik pukul isteri, anak di Lahad Datu | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Aishah Amin

Polis tahan mekanik pukul isteri, anak di Lahad Datu

LAHAD DATU, 24 Mei: Seorang mekanik yang dipercayai memukul isteri dan anak perempuannya di Perumahan Bengkel Sabah, Kampung Cenderawasih, dekat sini pada Rabu, ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, suspek lelaki berusia 49 tahun itu ditahan di hadapan bengkel Sahabat, Cenderawasih pada 1.45 tengah hari, bagi membantu siasatan berhubung laporan polis dilakukan isterinya berusia 46 tahun sebelum itu pada 9.50 pagi.

“Kejadian berlaku pada Rabu, pukul 10 selepas mangsa menghubungi seorang wanita dipercayai mempunyai hubungan sulit dengan suspek, berdasarkan hubungan digambarkan di dalam Facebook.


“Suspek kemudian memarahi tindakan mangsa dan terjadi pertengkaran dengan memukul kepala dan belakang badan mangsa bertubi-tubi, selain menutup muka mangsa hingga menyebabkannya sukar bernafas,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Nasri berkata suspek turut memukul anak perempuanya berusia 19 tahun yang cuba menghalang tindakan suspek ke atas mangsa.

Menurut Nasri, pasangan itu telah berkahwin pada tahun 1996 dan dikurniakan empat orang anak.

“Mangsa yang tidak bekerja sering dipukul suspek, namun tidak permah melaporkan perkara itu sebelum ini dan dikatakan mangsa akan merujuk kes ke mahkamah Syariah untuk tuntutan cerai,” katanya. -BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next