GEORGE TOWN, 17 Mei — Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris meninggal dunia pada usia 93 tahun di Pusat Perubatan Gleneagles hari ini. Allahyarham meninggal dunia kira-kira jam lima petang tadi akibat sakit tua. Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata. — fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
NASIONAL

Presiden CAP meninggal dunia

GEORGE TOWN, 17 MEI: Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) S M Mohamed Idris, 92, meninggal dunia di Pusat Perubatan Gleneagles (GMC), di sini pada pukul 5 petang hari ini kerana sakit tua.

Naib Presiden CAP yang juga adik kepada Allahyarham, Mohideen Abdul Kader yang mengesahkan perkara itu berkata jenazah abangnya akan dibawa ke rumahnya di No 2 Rose Avenue, di sini selepas urusan di hospital selesai.

Beliau berkata, jenazah abangnya dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak pada pukul 10 pagi esok.

Mohamed Idris dilahirkan pada 6 Dis 1926 adalah pengasas kepada penubuhan CAP pada tahun 1969 dan beliau juga adalah pengerusi Sahabat Alam Malaysia.

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Perbandaran George Town (kini dikenali sebagai Majlis Bandaraya Pulau Pinang) selama beberapa tahun sejak 1954.

Allahyarham yang juga seorang pencinta alam sekitar pernah menerima Anugerah Tun Abdul Razak pada 22 Jun 2014 di atas sumbangannya terhadap komuniti dan alam sekitar.

Mohamed Idris meninggalkan empat orang anak. – BERNAMA


Pengarang :