SANDAKAN, 11 Mei — Calon DAP Vivian Wong Shir Yee (tengah) mengangkat tangan tanda gembira selepas Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan kemenangan beliau dengan undi 16,012 dan majoriti 11, 521 di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Aktiviti Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Tiong Hua malam ini.?–fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA?
NASIONAL

PRK Sandakan sangkal dakwaan sokongan PAKATAN merosot – Azizah

SERDANG, 12 MEI: Kemenangan Pakatan Harapan (PAKATAN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan membuktikan dakwaan pihak tertentu bahawa sokongan rakyat kepada PAKATAN semakin merosot adalah tidak benar, kata Presiden PAKATAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, kemenangan PAKATAN di PRK Sandakan adalah hasil daripada kerjasama dan sokongan yang baik daripada Parti Warisan Sabah (Warisan).

“Ini menunjukkan memang merosotlah apa-apa hujah yang yang mengatakan sokongan rakyat kepada PAKATAN makin menurun,” katanya kepada pemberita selepas majlis Hari Jururawat Antarabangsa di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) di sini hari ini.

Keputusan PRK Parlimen Sandakan semalam menyaksikan DAP mempertahankan kerusi itu selepas calonnya Vivian Wong Shir Yee, 30, menewaskan empat pencabarnya dengan majoriti 11,521 undi selepas mendapat 16,012 undi.

– BERNAMA


Pengarang :