Reman warden didakwa liwat, cabut pelajar tahfiz dilanjut seminggu | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Reman warden didakwa liwat, cabut pelajar tahfiz dilanjut seminggu

KANGAR, 19 MEI: Tahanan reman terhadap warden asrama yang didakwa meliwat dua pelajar selain mencabul tiga pelajar lain di sebuah pusat tahfiz di Simpang Empat April lalu disambung seminggu lagi sehingga 24 Mei ini berkuatkuasa semalam.

Suspek sebelum ini direman bermula 11 Mei sehingga 17 Mei.

Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew berkata lanjutan reman itu bagi melengkapkan proses siasatan polis berhubung kejadian liwat yang dilakukan oleh suspek.


“Kita ada terima maklumat positif daripada suspek bagi membantu siasatan polis,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau juga tidak menolak mangsa yang terlibat dalam kes liwat melebihi lima orang.

Katanya setakat ini hanya lima mangsa telah tampil membuat laporan polis.

Beliau berharap orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini supaya tampil membuat laporan polis.

Sebelum ini media melaporkan dua pelajar pusat tahfiz mendakwa diliwat manakala tiga pelajar lagi mendakwa dicabul oleh warden asrama mereka sepanjang berada di pusat tahfiz berkenaan.

Perbuatan tidak bermoral suspek terbongkar selepas seorang daripada mangsa liwat berusia 15 tahun tampil membuat aduan pada 24 April lalu, mendakwa dia diliwat dan dipaksa melakukan amang seksual di bilik warden berkenaan.

Mangsa turut mendakwa suspek mengugut memukulnya sekiranya kejadian itu dilaporkan namun mangsa yang tidak tahan diperlakukan demikian bertindak membuat aduan..

– BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next