Ringgit ditutup rendah | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Ringgit ditutup rendah

KUALA LUMPUR, 13 MEI: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, sejajar kelemahan mata wang pasaran pesat membangun serantau berikutan rundingan perdagangan AS-China yang tidak mencapai sebarang kemajuan telah menjejaskan sentimen, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit rendah pada 4.1620/1670 berbanding dolar AS daripada 4.1570/1600 ketika ditutup pada Jumaat.

Peniaga berkata rundingan perdagangan antara dua kuasa ekonomi utama dunia itu menemui kebuntuan selepas Washington menuntut janji perubahan ketara kepada undang-undang China.


Beijing pula mengatakan pihaknya tidak akan melaksanakan sesuatu yang memberi akibat negatif sehingga menjejaskan kepentingannya, kata peniaga.

Beliau berkata ini selepas AS menaikkan kadar tarif kepada 25 peratus daripada 10 peratus ke atas import China bernilai US$200 bilion minggu lepas apabila Presiden Donald Trump berkata Beijing “tidak menepati janji” dengan mengingkari kenyataan sebelum ini.

“Walaupun keyakinan terhadap unjuran ekonomi China telah semakin baik baru-baru ini, namun ketidaktentuan mengenai aspek perdagangan boleh mendorong pembuat keputusan mengambil langkah seterusnya bagi menyokong kelonggaran dasar,” katanya.

Ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan diniagakan tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0435/0483 daripada 3.0503/0534 pada Jumaat namun rendah berbanding yen Jepun kepada 3.7943/7996 daripada 3.7843/7880.

Mata wang tempatan lemah berbanding pound Britain kepada 5.4189/4263 daripada 5.4091/4147 pada Jumaat minggu lepas dan susut berbanding euro kepada 4.6768/6837 daripada 4.6683/6733.

-BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next