Ringgit terus dibuka rendah berbanding dolar AS | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Ringgit terus dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 9 MEI: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini ekoran pelabur terus bimbang berkenaan prospek pasaran kewangan tempatan dan global, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1500/1530 berbanding dolar US daripada 4.1470/1500 semasa ditutup semalam.

Peniaga berkata harga minyak yang rendah mempengaruhi sentimen pasaran terhadap unit tempatan.


“Kemerosotan harga minyak akan memberi lebih banyak tekanan kepada prestasi ringgit dalam tempoh terdekat,” katanya.

Penanda aras antarabangsa niaga hadapan minyak mentah Brent merosot 0.70 peratus kepada US$69.88 setong manakala niaga hadapan minyak mentah US West Texas Intermediate (WTI) susut 0.77 peratus kepada US$61.64 setong.

Dolar US terus mengukuh berikutan pelabur menerima prospek perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Bagaimanapun, rundingan perdagangan AS-China telah terganggu selepas White House mengancam untuk menaikkan tarif ke atas barangan China.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan diniagakan tidak berubah berbanding dolar Singapura kepada 3.0452/0485 daripada 3.0452/0479 semalam, bagaimanapun naik berbanding pound British kepada 5.3996/4055 daripada 5.4027/4075.

Mata wang tempatan susut berbanding yen kepada 3.7748/7785 daripada 3.7700/7738 dan merosot berbanding euro kepada 4.6447/6501 daripada 4.6455/6501.

-BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next