Ringgit teruskan penurunan, rendah berbanding dolar AS | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Afeeqa Afeera

Ringgit teruskan penurunan, rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 30 MEI:Ringgit meneruskan penurunannya untuk dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini dengan pengukuhan berterusan mata wang AS itu di tengah-tengah peningkatan kebimbangan terhadap perang perdagangan AS-China yang dikhuatiri akan semakin memburuk, kata para peniaga.

Pada 9 pagi, unit tempatan turun kepada 4.1930/1980 berbanding dolar AS daripada 4.1920/1960 pada paras penutup Rabu.

Seorang peniaga berkata kebimbangan terhadap perang perdagangan mencetuskan jualan dalam pasaran sedang pesat membangun, manakala dalam pada masa yang sama, impak kelembapan pertumbuhan global terus memberi kesan kepada pasaran tersebut termasuk Malaysia yang merupakan ekonomi kecil dan sangat terbuka.


“Dolar AS akan terus bertindak sebagai aset selamat terutamanya dalam keadaan pertikaian perdagangan, ketidakpastian berhubung Brexit dan kebimbangan terhadap pertumbuhan global,” kata peniaga itu.

Sementara itu, ringgit, diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.8275/8331 daripada 3.8353/8400 dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.2932/3000 daripada 5.2991/3050.

Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.6710/6770 daripada 4.6758/6819 tetapi susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0373/0420 daripada 3.0317/0357 pada Rabu.

-BERNAMA​

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next