NASIONAL

RON97 turun 10 sen, RON95 dan diesel kekal

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 10 MEI: Harga runcit petrol RON97 turun 10 sen seliter daripada RM2.80 seliter kepada RM2.70 seliter bagi tempoh 11 hingga 17 Mei ini.

Bagi tempoh yang sama, harga runcit RON95 dan diesel pula masing-masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan berkata, berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.40 seliter dan RM2.45 seliter masing-masing.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.

“Anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan dalam tempoh 11 sehingga 17 Mei 2019 adalah berjumlah RM103.76 Juta,” katanya.


Pengarang :