NASIONAL

RON97 turun 2 sen, RON95, diesel kekal

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 17 MEI: Harga runcit petrol RON97 turun dua sen seliter daripada RM2.70 seliter kepada RM2.68 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Mei ini.

Bagi tempoh yang sama, harga runcit RON95 dan diesel pula masing-masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter.

Kementerian Kewangan menerusi kenyataan berkata, berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.38 seliter dan RM2.45 seliter.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum serta mengurangkan kos sara hidup rakyat,” katanya.


Pengarang :