Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
SELANGOR

SAOW di Tesco Setia Alam Sabtu ini

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 7 MEI: Shah Alam On Wheel (SAOW) akan beroperasi di perkarangan tempat letak kereta Tesco Setia Alam, Seksyen U13, pada Sabtu (11 Mei) ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, perkhidmatan itu akan mula dibuka seawal 11 pagi sehingga 3 petang.

“Perkhidmatan SAOW ini adalah landasan disediakan MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“SAOW akan menyediakan kemudahan perkhidmatan antaranya semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta serta kaunter aduan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, melalui perkhidmatan SAOW, pihaknya yakin dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA untuk manfaat masyarakat.

 


Pengarang :