GLOBAL

Selepas Casillas, isteri dedah melawan kanser

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 22 MEI: Isteri penjaga gol FC Porto, Iker Casillas, mendedahkan dirinya sedang melawan kanser ovari dalam satu pengumuman mengejutkan semalam.

Sara Carbonero menyatakan perkara itu di lama sosial dengan penuh emosi hanya tiga minggu selepas legenda Sepanyol itu diserang sakit jantung ketika latihan bersama kelab Portugal itu.

“Kali ini saya masih berjuang untuk menulis enam huruf itu (kanser). Beberapa hari lalu ketika pemeriksaan, doktor menjelaskan mengenai bahaya tumor ovari dan saya sudah melakukan pembedahan.

“Semuanya sudah kembali ok tetapi saya masih mempunyai beberapa bulan untuk bertarung dan rawatan.

“Saya tenang dan yakin semuanya akan pulih. Saya tahu perjalanan ini sukar tetapi akan ada pengakhiran menggembirakan.

“Saya menerima sokongan daripada keluarga, rakan dan pasukan perubatan yang hebat,” katanya dipetik Mirror.co.uk.

Sara, 35, adalah wartawan sukan terkenal di Sepanyol mempunyai dua orang anak lelaki selepas mengahwini Casillas pada 2016.

Kredit Foto: Instagram Sara Carbonero


Pengarang :