Seorang maut, 16 cedera dalam insiden letupan masjid di ibu kota Afganistan | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Aishah Amin

Seorang maut, 16 cedera dalam insiden letupan masjid di ibu kota Afganistan

KABUL, 24 Mei: Seorang imam terbunuh manakala 16 orang cedera selepas satu letupan menggegar sebuah masjid ketika solat Jumaat di bahagian timur Kabul, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan jurucakap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Afghanistan.

Insiden itu berlaku di sebuah masjid apabila sebutir bom buatan sendiri yang diletakkan dalam premis itu diletupkan berhampiran Daerah Polis 9 bandar itu pada kira-kira pukul 1.20 tengah hari waktu tempatan, kata Nasrat Rahimi.

Imam masjid itu, Mawlawi Samiullah Raihan terbunuh dalam letupan itu manakala 16 mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital oleh polis dan pasukan penyelamat.


Angka korban mungkin berubah kerana sejumlah besar mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Setakat ini tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab. -BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next