SEPANG, 17 Mei — Lelaki warga Nigeria direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, yang ditemui mati di sebuah kondominium di Cyberjaya pada Rabu. Perintah reman berkuatkuasa hari ini itu dikeluarkan oleh Majistret A.Akhiruddin@Boy Acho selepas mendengar permohonan daripada pihak polis di Mahkamah Majistret Sepang. –fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
NASIONAL

Siti Kharina mati akibat hirisan di leher

KUALA LUMPUR, 17 MEI: Kematian Ketua Jururawat Hospital Serdang Siti Kharina Mohd Kamarudin adalah akibat luka hirisan di leher, kata polis.

Punca kematian Siti Kharina, 40, itu diperoleh hasil bedah siasat terhadap mayat wanita itu yang dijalankan semalam, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat.

Semalam, Siti Kharina dijumpai dibunuh di unit kondominium yang disewanya di Cyberjaya dengan kesan kelar di dada, leher dan kepala.

Berikutan itu, polis menahan tiga individu disyaki terlibat kes itu, iaitu dua lelaki masing-masing rakyat Nigeria dan Pakistan serta seorang wanita Nigeria.

Siti Kharina, dilapor hilang 8 Mei lepas setelah kali terakhir dilihat di tempat letak kereta Hospital Serdang pada 4 petang. Siti Kharina dilihat memandu kereta Honda City berwarna putih. – BERNAMA

KETERANGAN FOTO: Lelaki warga Nigeria direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan Siti Kharina Mohd Kamarudin, yang ditemui mati di sebuah kondominium di Cyberjaya pada Rabu. –fotoBERNAMA


Pengarang :