SK Taman Medan, SMK Sultan Abdul Samad juara Festari PJ 2019 | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

SK Taman Medan, SMK Sultan Abdul Samad juara Festari PJ 2019

OLEH IZRIN MOHAMAD SAID

SHAH ALAM, 2 MEI: Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Medan dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Samad, masing-masing dinobatkan sebagai juara dalam Festari PJ 2019 anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Dewan Auditorium, Dewan Sivik MBPJ, baru-baru ini.

Kemenangan itu membolehkan kedua-dua sekolah terbabit membawa pulang wang tunai RM4,000 berserta piala iringan dan sijil.


Selaras dengan matlamat Kerajaan Selangor menjadikan Petaling Jaya sebagai bandar Kota Seni, Festari PJ 2019 bertemakan ‘Cintai Warisan Seni Budaya’ bagi mengetengahkan konsep tarian tradisional.

“Festari PJ ini dapat memartabatkan kecemerlangan budaya dalam kalangan pelajar dan memberi pendedahan kepada golongan remaja untuk menjadi penyambung warisan seni budaya agar tidak luput ditelan arus permodenan.

“Pada masa sama, penganjuran ini dapat menarik minat para pelajar untuk membabitkan diri mempelajari seni tarian,” kata Pihak Berkuasa Tempatan itu dalam kenyataan.

Penganjuran acara tahunan buat kali ke-9 itu membabitkan 24 sekolah dan 2o sekolah berjaya melepasi peringkat saringan yang diadakan pada 23 dan 24 April lalu.

Lebih menarik, Festari PJ 2019 dimeriahkan dengan muzik latar kumpulan Orkestra Tradisional MBPJ.

Majlis disempurnakan Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Mohd Sayuthi Bakar dan Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Johary Anuar.

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next