GLOBAL

Sports Illustrated tampil model muslimah

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 1 MEI: Model muslimah, Halima Aden menghiasi majalah sukan antarabangsa, Sports Illustrated yang mengayakan ‘pakaian renang muslimah’ atau dipanggil burkini.

Ia adalah kali pertama majalah sukan itu menampilkan model Muslim berhijab.

Dalam isu terbaru majalah itu, Aden mengayakan burkini labuh yang lengkap hijab itu dengan berbaring di dalam air cetek, memakai tudung biru, anting kuning panjang.

“Membesar di Amerika Syarikat, saya tidak pernah merasa diwakili kerana apabila saya membelek majalah saya tidak pernah melihat seorang gadis memakai hijab” kata Aden dalam video menerusi akaun tweeter majalah terbabit.

Aden adalah kelahiran Somali – Amerika yang dilahirkan dan dibesarkan dalam kem pelarian sehingga berusia tujuh tahun.

 


Pengarang :