Sultan Selangor berkenan buka puasa bersama rakyat di 11 lokasi | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Nadiah Zamlus

Sultan Selangor berkenan buka puasa bersama rakyat di 11 lokasi

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 6 MEI: Rakyat Selangor berpeluang untuk berbuka puasa bersama Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, sepanjang Ramadan ini.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui kenyataan berkata, baginda berkenan mencemar duli ke 11 lokasi bagi majlis berbuka puasa bersama rakyat negeri ini.


Antara lokasi yang terpilih ialah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam, Masjid Nurul Falah Sungai Leman Sekinchan, Masjid An-Naim Kampung Sungai Sembilang dan Masjid Bandar Utama Batang Kali.

Masjid lain termasuk Masjid Taman Kosas Ampang, Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong Shah Alam, Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya, Masjid Al- Azhar KUIS, Masjid Sultan Abdul Samad Kampung Sungai Raba Banting dan Masjid Jamek Kompleks Pertanian Serdang.

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next