KUALA SELANGOR, 14 Mei — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (kiri) berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada seramai 468 penerima termasuk 72 fakir, 209 orang miskin serta 187 muallaf pada Majlis Berbuka Puasa (Ihya’ Ramadhan) Bersama Rakyat Dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1440H di Masjid An-Naim, Kampung Sungai Sembilang, hari ini. Turut berangkat Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shari. — fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
BERITA UTAMASELANGOR

Sultan Selangor serah sumbangan Aidilfitri RM234,000

OLEH SHEEDA FATHIL

KUALA SELANGOR, 14 MEI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri berjumlah RM234,000 kepada 468 asnaf fakir, miskin dan mualaf, di daerah ini.

Sumbangan itu diserahkan pada Majlis Berbuka Puasa Ihya Ramadan Bersama Rakyat di Masjid An Naim Sungai Sembilang, di sini hari ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM104,500 diserahkan kepada 209 asnaf miskin dan 187 asnaf mualaf menerima RM93,500.

Manakala, RM36,000 diserahkan kepada 72 asnaf fakir dengan masing-masing menerima sumbangan RM500 setiap seorang.

Turut berangkat mengiringi baginda ialah Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Hadir sama, Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari; EXCO Kerajaan Negeri, Dr Siti Mariah Mahmud dan Ir Izham Hashim serta Pengarah Jabatan Agama Islam, Dato’ Haris Kasim.

Sultan Sharafuddin bersama hadirin kemudian berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib berjemaah diikuti solat Isyak serta tarawih.


Pengarang :