BERITA UTAMASELANGOR

Sultan Selangor titah imarah masjid sepanjang Ramadan

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 6 MEI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya umat Islam di negeri ini mengimarahkan kesemua masjid dengan sebaiknya, sepanjang Ramadan kali ini.

Demikian titah baginda melalui kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Diraja Selangor, semalam.

“Syukur alhamdulillah, di bulan yang mulia ini, Beta dan Tengku Permaisuri Norashikin ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1440H.

“Beta berharap sekalian rakyat memanfaatkan program-program agama yang dianjurkan, semoga Ramadan kali ini membawa seribu satu hikmah dan pengertian buat seluruh umat Islam,” titah baginda lagi.

 


Pengarang :