Sultan Sharafuddin berkenan buka puasa bersama warga TLDM | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Naeem Raffi

Norway

Wartawan

Nazli Ibrahim

Sultan Sharafuddin berkenan buka puasa bersama warga TLDM

OLEH NAZLI IBRAHIM

KLANG, 25 MEI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa DYMM Bersama ‘The Navy People’ di Kapal Diraja KD Lekiu dan Kapal Diraja KD Jebat.

Ketibaan Baginda yang merupakan Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) disambut oleh Dato’ Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari; Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong.


Turut menyambut baginda adalah Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany.

‘Boatswain call’ turut dibunyikan sebaik sahaja baginda memijakkan kaki di atas geladak kapal.

Baginda kemudiannya menyertai solat Maghrib yang diimamkan oleh Pegawai Staf Agama Markas Tentera Laut, Leftenan Kolonel Ku Ibrahim Ku Mohamad bersama kira-kira 100 warga TLDM termasuk anak kapal dua kapal kelas friget terbabit.

Terdahulu, Mohd Reza ketika menyembah ucapannya berkata, keberangkatan Sultan Sharafuddin menyemarakkan lagi semangat dan iltizam setiap anggota TLDM untuk berbakti demi keamanan dan kesejahteraan negara.

“Di majlis yang mulia dan amat bermakna ini patik ingin merafak sembah, menjunjung kasih ke bawah duli tuanku ke atas keprihatinan tuanku mengambil berat setiap perkembangan TLDM dan sentiasa berkongsi buah fikiran bagi memantapkan lagi organisasi TLDM.

“Sebagai Panglima Tentera Laut patik amat berbangga dan merasa amat bertuah sekali kerana tuanku sentiasa peka dan memberi sokongan yang padu kepada TLDM,” katanya.

 

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next