BERITA UTAMASELANGOR

Sultan Sharafuddin serah bantuan raya kepada asnaf

OLEH NAZLI IBRAHIM

HULU SELANGOR, 15 MEI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyerahkan sumbangan Aidilfitri berjumlah RM232,000 kepada 464 asnaf, di daerah ini.

Sumbangan itu diserahkan kepada 78 orang fakir, 291 orang miskin dan 95 mualaf, pada Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat dan Penyampaian Bantuan Hari Raya Daerah Hulu Selangor, di Masjid Bandar Utama, Batang Kali, di sini hari ini.

Pada majlis itu, baginda diiringi Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya dan beberapa pegawai tinggi Kerajaan Negeri lain.

Selain menyampaikan bantuan dan berbuka puasa, baginda turut berkenan menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih bersama penduduk setempat.


Pengarang :