NASIONAL

Suspek ‘baby sayang’ ditahan

OLEH IZRIN MOHAMAD SAID

SHAH ALAM, 23 MEI: Suspek kes tembak monyet yang tular di media sosial pada Sabtu lalu berjaya ditahan di kediaman mereka di Taman Kenangan, Sitiawan, Perak.

Memetik laporan MalaysiaKini, pihak polis menahan dua lelaki iaitu anak beranak selain merampas pistol yang dipercayai digunakan untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman, Asmawati Ahmad berkata, serbuan dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah, ibu pejabat polis (IPD) Manjung pada jam 9 malam tadi.

Terdahulu, klip video berdurasi 19 saat itu memaparkan seorang lelaki menembak seekor monyet yang diletakkan di dalam sangkar kerana tidak memanggilnya ‘baby sayang’ selepas kiraan tiga.

Menerusi video tular itu, tindakan kejam lelaki berkenaan mengundang kecaman netizen yang mengutuk kejadian itu dan Persatuan Haiwan Malaysia turut menawarkan ganjaran RM2,000 kepada pemberi maklumat.


Pengarang :