GLOBALNASIONAL

Tahniah Jokowi dan Ma’ruf Amin-MB

 

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM

SHAH ALAM, 21 MEI: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari mengucapkan tahiah kepada Joko Widodo (Jokowi) dan pasangannya Ma’ruf Amin di atas kemenangan pada Pilihan Raya Presiden Indonesia 2019, April lalu.

Katannya, beliau turut berharap pemimpin Indonesia terbabit akan terus mempereratkan hubungan bersama Malaysia pada masa akan datang.

“Tahniah Jokowi dan Ma’ruf Amin, semoga terus sukses mempimpin Indonesia.

“Semoga dapat terus mempererat hubungan dengan Malaysia di masa pemerintahan bapak berdua,” tulisnya di Twitter.

Hari ini, Komisi Pemilihan Umum (KPU) mengumumkan keputusan Pilihan Raya Presiden 2019 selepas proses pengiraan undi di 813,350 pusat pengundian selesai pada 11.30 malam, Isnin.

Jokowi, 57, bersama pasangannya untuk jawatan naib presiden, Ma’ruf Amin, 76, memperolehi 85,607,362 undi.

Manakala pencabarnya, Prabowo Subianto, 67, dan pasangannya untuk jawatan naib presiden, Sandiaga Uno, 49, memperolehi 68,650,239 undi.

Majoriti 16.95 juta yang diperolehi Jokowi itu lebih tinggi berbanding Pilihan Raya Presiden 2014 iaitu 6.4 juta undi.


Pengarang :