NASIONAL

TNB nafi terima arahan kerajaan naikkan tarif 30 peratus

MELAKA, 29 Mei : Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini menafikan mesej tular di media sosial kononnya Anggota Lembaga Pengarahnya telah menerima arahan kerajaan untuk menaikkan tarif elektrik sebanyak 30 peratus.

TNB menerusi kenyataan memaklumkan mesej tersebut yang kononnya ditulis oleh seorang pekerja TNB adalah palsu dan tidak berasas.

“Selain itu, TNB tidak mempunyai warga kerja seperti yang dinamakan dalam mesej berkenaan. Justeru TNB menasihatkan orang ramai untuk mengabaikan mesej tersebut dan tidak mengkongsikannya,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu tarif elektrik ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga. -BERNAMA


Pengarang :