GLOBAL

Tokyo: Lelaki mengamuk, sekurang-kurangnya 20 cedera

TOKYO, 28 MEI: Sekurang-kurangnya 20 orang cedera dengan beberapa mangsa kritikal, selepas seorang lelaki mengamuk di sebuah taman di pinggir Tokyo pada Selasa pagi, lapor agensi berita Xinhua.

Jabatan bomba tempatan dimaklumkan mengenai insiden itu pada 7.45 pagi waktu tempatan, kejadian berlaku di sebuah taman di kawasan kediaman berhampiran Stesen Noborito di Kawasaki City.

Laporan terkini media tempatan mengatakan kira-kira 20 orang cedera akibat ditikam dalam serangan itu, 16 daripadanya terdiri murid sekolah rendah.

Suspek, dipercayai dalam lingkungan umur 40-an atau 50-an telah ditahan. Menurut polis, suspek turut mencederakan diri sendiri menyebabkannya mengalami kecederaan serius pada bahu dan leher.

Polis turut menemui dua bilah pisau di lokasi kejadian. – BERNAMA


Pengarang :