SELANGOR

UNISEL lancar Kempen Jom Selamat Balik Raya 1.0

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 30 MEI: Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) melaksanakan Kempen Jom Selamat Balik Raya 1.0, khusus untuk kakitangan institusi pengajian tinggi terbabit.

Presiden dan Naib Canselornya, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, pendekatan julung kali yang memberi penekanan terhadap aspek pemeriksaan kenderaan itu bertujuan memastikan perjalanan pulang ke kampung pada hari raya berjalan lancar dan selamat.

“Buat julung kalinya kita mengadakan program kerjasama dengan PUSPAKOM khusus buat kakitangan UNISEL.

“Saya berharap supaya semua kakitangan dapat mengambil maklumat sepanjang program ini bagi memastikan kenderaan selamat untuk bergerak jauh,” katanya ketika melancarkan kempen berkenaan di UNISEL Bestari Jaya, di sini semalam.

Dalam program sama, pemeriksaan kenderaan dan pemasangan sistem Radio Frequency Identification (RFID) pada kenderaan terpilih turut dijalankan.

Di akhir program, beliau menyerahkan cenderamata penghargaan kepada Pengarah Pemasaran dan Penasihat PUSPAKOM, Dato’ Oii Win Juat atas kerjasama penuh menjayakan kempen terbabit.


Pengarang :