GLOBAL

Venezuela buka semula sempadan Brazil, Aruba

CARACAS, 11 MEI: Kerajaan Venezuela pada Jumaat mengumumkan pembukaan semula sempadannya dengan Brazil dan Aruba,lapor agensi berita Xinhua.

Bagaimanapun, sempadan dengan Colombia, Bonaire dan Curacao diarah tutup.

Naib Presiden Ekonomi Venezuela, Tareck El Aissami berkata, langkah itu akan “memulihkan semula ekonomi, politik, sosial dan budaya, di sempadan,” katanya merujuk kepada sempadan dengan Brazil.

Katanya, Presiden Nicolas Maduro mengarahkan untuk “memulakan tugasan memulakan semula komunikasi dan perdagangan dengan Aruba secara berperingkat.”

Beliau berkata kerajaan Venezuela menjangkakan “perdagangan yang adil” dan hubungan udara dengan Aruba akan meningkat.

Hubungan maritim dan udara dengan Aruba, Curacao dan Bonaire ditutup pada 20 Februari, sempadan dengan Brazil ditutup sehari kemudian.

Kerajaan Venezuela menutup sempadan bertujuan menyekat rancangan Amerika Syarikat untuk membawa masuk “bantuan kemanusiaan” ke Venezuela, pada 23 Februari lalu.

– BERNAMA

 


Pengarang :