Wan Azizah rafak sembah takziah kepada kerabat Diraja Pahang | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Hafizan Taib

Wan Azizah rafak sembah takziah kepada kerabat Diraja Pahang

KUALA LUMPUR, 22 MEI: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merafak sembah takziah kepada seluruh kerabat Diraja Pahang atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah hari ini.

“Merafak sembah ucapan takziah kepada seluruh kerabat diraja Pahang atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN),” katanya dalam catatan Twitter miliknya hari ini.

Baginda mangkat pada 8.50 pagi ini dan berita itu diumumkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.


Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dijadual mengadakan sidang media berkaitan kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah pada tengah hari ini di Wisma Sri Pahang. – BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next