SELANGOR

10,000 dijangka hadir meriahkan Rumah Terbuka PAKATAN Selangor

 

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 24 JUN: Seramai 10,000 pengunjung dijangka hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pakatan Harapan (PAKATAN) Negeri Selangor, di Padang Awam Batu Caves, di sini, pada 29 Jun ini.

Setiausaha Politik Dato’ Menteri Besar, Borhan Aman Shah berkata, program itu dijadual bermula seawal jam 10 pagi hingga 1 petang.

Katanya, majlis berkenaan bertujuan merapatkan ukhwah dalam kalangan penduduk dan pengundi, khususnya di kawasan terbabit selain memberi peluang kepada rakyat untuk beramah mesra bersama barisan pimpinan parti.

“Pelbagai gerai makanan dengan aneka juadah menyelerakan akan disediakan khusus kepada semua tetamu yang hadir pada program itu nanti.

“Justeru, saya menyeru pengunjung supaya datang awal bagi mengelakkan masalah parkir dan kesesakan lalu lintas, tetapi bagi memudahkan pengunjung perkhidmatan bas shuttle akan disediakan dari tempat letak kenderaan,” katanya kepada SelangorKini.

Pada masa sama, beliau berharap kehadiran orang ramai daripada pelbagai kaum dan agama dapat meningkatkan lagi persefahaman di samping berkongsi kegembiraan dalam meraikan Aidilfitri.


Pengarang :