Ilustrasi kebakaran. Foto ARKIB SELANGORKINI
NASIONAL

23 rumah setinggan terbakar, 33 keluarga tinggal sehelai sepinggang

SANDAKAN, 8 Jun : Seramai 33 keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila 23 buah rumah setinggan didiami mereka musnah dalam kebakaran di Karamunting, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian jam 2 petang itu.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sandakan, Anddre Andrew berkata, 14 pegawai dan anggota tiba dilokasi pada jam 2.15 petang sejurus menerima menerima panggilan kecemasan

“Faktor angin kuat menyebabkan api marak dengan cepat sekali gus memusnahkan 23 rumah yang dibina secara rapat,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pihak Bomba turut menerima bantuan 65 anggota daripada agensi lain seperti polis, RELA serta kakitangan syarikat Shell Timur dan kilang Wilmar yang berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kawasan rumah dan kilang berdekatan. -BERNAMA


Pengarang :