Selangorkini
SELANGOR

600 peserta sertai Gravit8 Streetball 3 On 3 Challenge

OLEH IZRIN MOHAMAD SAID

KLANG, 16 JUN: Seramai 600 peserta menyertai Gravit8 Streetball 3 On 3 Challenge anjuran Mitraland Group dengan kerjasama Majlis Perbandaran Klang (MPK) di Gravit8 Sales Gallery, hari ini.

Timbalan Pengarah Eksekutif Mitraland Group, Chuah Theong Yee berkata, penganjuran sukan ‘streetball’ itu julung kali diadakan sebagai usaha untuk membangunkan gaya hidup sihat dalam kalangan peminat sukan khususnya belia.

“Sukan adalah satu elemen penting dalam menyatupadu masyarakat berbilang bangsa, agama dan lapisan umur sekali gus membentuk kerjasama dan semangat kesukanan.

“Justeru, kami berharap ia dapat menggalakkan lebih banyak belia supaya kekal aktif dan manfaatkan masa dengan aktiviti sihat.

“Pada masa sama, penduduk setempat dapat menikmati keindahan serta kemudahan yang disediakan di kawasan Lakepark ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Gravit8 Streetball 3 On 3 Challenge, di sini.

Majlis disempurnakan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago merangkap Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), dan turut dihadiri Yang DiPertua MPK; Dato’ Mohamad Yasid Bidin serta Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Selangor; Adi Faizal Ahmad Tarmizi.

Program julung kali diadakan itu bermula jam 9.30 pagi sehingga 5.30 petang dan sebanyak enam kategori dipertandingkan iaitu Bawah 12 tahun (B12), B14, B16, B18 dan Kategori Terbuka Lelaki; 200 slot pasukan yang terdiri daripada tiga pemain.


Pengarang :

Related posts

Serangan terbuka bukti Malaysia tak selamat

Nurul Farina Nazlan

Laluan baharu Bas Smart Selangor MPSJ dirasmi

LZS terima zakat dari 52 syarikat bernilai hampir RM6 juta

Aishah Amin