KUALA LUMPUR, 5 Jun — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat pada Majlis Ramah Mesra dan Santapan Raya bersama Perdana Menteri dan Ahli Jemaah Menteri di Istana Negara. Turut hadir Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. — fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
BERITA UTAMANASIONAL

Agong berangkat ke Majlis Santapan Aidilfitri di Istana Negara

KUALA LUMPUR, 5 JUN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Santapan Aidilfitri di Istana Negara.

Terdahulu, baginda berdua menerima menghadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Dewan Seri Mahkota, Istana Negara.

Baginda kemudiannya berkenan bersantap bersama anggota kabinet kerajaan, kerabat, dif-dif kenamaan utama dan duta-duta asing di Dewan Santapan Utama, Istana Negara.

KUALA LUMPUR, 5 Jun — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bersalaman dengan tetamu yang hadir pada Majlis Ramah Mesra dan Santapan Raya bersama Perdana Menteri dan Ahli Jemaah Menteri di Istana Negara hari ini.
–fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Baginda turut beramah mesra dan bersalam-salaman dengan para tetamu yang hadir usai majlis santapan yang berlangsung kira-kira sejam.

Awal pagi tadi, Sultan Abdullah menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara di sini.

– BERNAMA


Pengarang :