ABU DHABI, 12 Jun — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Timbalan Perdana Menteri UAE dan Menteri Dalam Negeri Saif bin Zayed Al Nahyan berbual setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi, Terminal Presidential sempena lawatan kerja di sini. Turut berangkat Tengku Amir Nasser Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kanan). –f otoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
BERITA UTAMAGLOBAL

Agong, Putera Mahkota Abu Dhabi adakan perbincangan

ABU DHABI, 13 JUN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengadakan perbincangan dengan Putera Mahkota Abu Dhabi dan Timbalan Komander Tertinggi Angkatan Tentera Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan.

Pertemuan itu berlangsung di Istana Presiden di sini pada hari kedua lawatan khas tiga hari Seri Paduka ke negara Teluk Arab ini. Sultan Abdullah berangkat tiba di Abu Dhabi pada Rabu.

Sheikh Mohamed kemudian meraikan Sultan Abdullah dalam majlis santapan tengah hari.

Majlis di istana itu dimulakan dengan upacara sambutan rasmi keberangkatan Sultan Abdullah.

ABU DHABI, 12 Jun — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diiringi Timbalan Perdana Menteri UAE dan Menteri Dalam Negeri Saif bin Zayed Al Nahyan setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi, Terminal Presidential sempena lawatan kerja di sini.
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi pada kira-kira 1.30 tengah hari waktu tempatan (5.30 petang di Malaysia).
 fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Tembakan meriam kehormatan dilepaskan dan lagu kebangsaan Malaysia ‘Negaraku’ dimainkan.

Turut hadir Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya, Duta Malaysia di UAE Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai, Datuk Yubazlan Yusof.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur sebelum lawatan itu, Kementerian Luar berkata lawatan khas Sultan Abdullah ke UAE melambangkan kemesraan dan keakraban hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Ini merupakan lawatan sulung Sultan Abdullah ke UAE selepas mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan.

– BERNAMA

 


Pengarang :