Aliran trafik lancar di beberapa lebuh raya utama pagi ini | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Hafizan Taib

Aliran trafik lancar di beberapa lebuh raya utama pagi ini

KUALA LUMPUR, 7 JUN: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilapor lancar dan terkawal setakat 9.40 pagi ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata trafik lancar sepanjang lebuh raya PLUS, Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) dan Jambatan Pulau Pinang.

Trafik bagaimanapun dilapor mulai perlahan sepanjang empat kilometer dari Tapah ke Gopeng berikutan kerja pengalihan kemalangan yang melibatkan sebuah lori trailer di Km313.3 arah Utara pada Rabu dan buat masa ini lorong kiri masih ditutup.


Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah juga dilapor lancar setakat ini.

Aliran trafik dijangka tinggi pada sebelah petang dari arah Pedas Linggi ke Seremban, Terowong Menora ke Kuala Kangsar, Kuala Kangsar ke Sungai Perak, kawasan mendaki Gua Tempurung dari Tapah ke Gopeng dan Sedenak ke Simpang Renggam susulan orang ramai beraya atau pulang ke bandar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next