SELANGOR

Amirudin disayangi, Azmin dirindui di Majlis Siraturrahmi Aidilfitri

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 18 JUN: Gandingan dua pemimpin dalam Majlis Siraturrahmi Aidilfitri di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz mencetuskan auranya tersendiri.

Perkara ini dapat dilihat apabila kelibat Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menarik perhatian penjawat awam Selangor yang hadir.

Sebaik melangkah masuk ke dewan, kedua-dua mereka dikerumuni tetamu yang hadir.

Selain mengambil kesempatan untuk bersalaman dan berswafoto, beberapa penjawat awam turut memberi kata-kata semangat kepada Mohamed Azmin.

“Kami di belakang dan doakan Dato’ Seri serta keluarga selamat daripada fitnah,” ucap salah seorang penjawat awam ketika bersalaman dengan mantan Dato’ Menteri Besar itu.

Walaupun tidak merujuk kepada mana-mana isu, namun ucapan itu dipercayai berkaitan kepada isu video kontroversi dihadapinya.

FOTO: HAFIZ OTHMAN (SELANGORKINI)


Pengarang :