SELANGOR

Amirudin meriahkan Aidilfitri DUN Sungai Tua

OLEH IZRIN MOHAMAD SAID

BATU CAVES, 9 JUN: Amalan ziarah menziarahi sempena Aidilfitri di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua meriah dengan kunjungan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, di sini, hari ini.

Beliau yang tiba bersama isteri, Masdiana Muhamad kira-kira jam 12.50 tengah hari disambut Ahli Majlis Perbandaran Selayang, Mohamad Faizal Ismail di perkarangan Padang Awam Batu Caves.

Dalam kemeriahan majlis berkenaan, Amirudin meluangkan masa hampir setengah jam untuk beramah mesra dengan penduduk setempat sambil menikmati juadah yang disediakan.

Difahamkan, kunjungan itu sudah menjadi amalan sejak dahulu lagi sekali gus merapatkan silaturahim dan menjadi landasan kepada beliau untuk mengetahui situasi semasa sesebuah kawasan.

Terdahulu, Amirudin yang juga Ahli Dewan Negeri Sungai Tua itu turut menziarahi 10 buah rumah penggerak utama kawasannya di Kampung Laksamana, Kampung Melayu juga sekitar Selayang.

Sementara itu, penduduk di DUN terbabit turut kelihatan gembira dan berbesar hari menerima kunjungan Amirudin di kediaman mereka.

 


Pengarang :