Angka kematian akibat kemalangan terus meningkat | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Aishah Amin

Angka kematian akibat kemalangan terus meningkat

KUALA LUMPUR, 8 Jun : Angka kematian akibat kemalangan jalan raya terus meningkat dengan penambahan 17 kematian dalam tempoh 10 hari Op Selamat 15 sempena musim perayaan Aidilfitri.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Asmawati Ahmad berkata jumlah itu menjadikan sebanyak 176 kes kematian direkodkan sehingga semalam sejak Op itu dilancarkan 29 Mei lepas.

“Sebanyak 23,263 telah kenderaan terlibat dalam kemalangan sehingga semalam. Peningkatan angka kematian juga menunjukkan Kuala Lumpur antaranya merekodkan empat kematian, Perak tiga kematian sementara Selangor dan Sabah masing-masing dua kematian.


“Pulau Pinang, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sarawak pula masing-masing satu kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Asmawati berkata Selangor mencatatkan angka kemalangan paling tinggi dengan 4,403 kes diikuti Johor (2,511), Kuala Lumpur (2,033) dan Perak (1,356).

“Sebanyak 2,902 operasi dijalankan seluruh negara selain 217,683 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan,” katanya.

Sementara itu bagi kes pecah rumah dan premis pula, 441 kes direkod di seluruh negara dalam tempoh 10 hari Op Selamat itu.

Op Selamat yang berlangsung sehingga 12 Jun ini memberi tumpuan terhadap enam kesalahan utama iaitu memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit, memotong barisan, memandu laju dan tidak mematuhi lampu isyarat. -BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next