Selangorkini
ANTARABANGSA

Artis Indonesia tawar seks Rp80 juta dipenjara lima bulan

JAKARTA, 26 JUN: Artis Indonesia, Vanessa Angel dijatuhi hukuman penjara lima bulan, selepas didapati bersalah terlibat dalam kes pelacuran secara online membabitkan bayaran sehingga Rp80 juta (kira-kira RM24 ribu) untuk sekali layanan.

Hukuman itu dibacakan Ketua Majelis Hakim Surabaya, Dwi Purwadi pada persidangan di Pengadilan Negeri Surabaya, petang ini, memetik laporan agensi berita Antara.

Vanessa, 27, dijadual dibebaskan hujung bulan ini kerana hukuman penjara itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditahan pada 31 Januari lepas.

Vanessa ditahan di Surabaya selepas pihak polis mengesan berlakunya transaksi pembayaran untuk aktiviti itu. – BERNAMA

FOTO: IG VANESSA ANGEL


Pengarang :

Related posts

Barat usir 116 diplomat Rusia

Mohd Ezli Mashut

Korea Selatan kaji bina kapal selam berkuasa nuklear

Mohd Ezli Mashut

Anwar terus terima kunjungan, terbaharu Shaikh Yusuf Al-Qaradawi

Mohd Ezli Mashut