SELANGORSUKANKINI

Baju T Polo Red Giants khas buat peminat

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

KAJANG, 30 JUN: Baju T Polo Red Giants antara produk baharu ditampilkan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) khusus untuk peminat setia gergasi merah kuning pada Jelajah 360 Smart Selangor, di Stadium Kajang, di sini.

Pembantu Jualannya, Nurul Jamil berkata, baju yang direka khas dalam dua warna iaitu hitam dan merah itu dijual pada harga serendah RM58.

“Harga khas diberi kepada pemegang Red Giants Team Card untuk memiliki baju ini dengan harga RM53 sahaja.

“Kita menyediakan pelbagai saiz bermula daripada XS sehingga 10XL tetapi bergantung kepada permintaan kerana ia paling laris setakat ini.

“Selain itu, kita menyediakan baju ‘little red giants’ untuk kanak-kanak berusia dari dua tahun,” katanya ketika ditemui SelangorKini.

Antara barangan lain yang dijual sepanjang tiga hari karnival berlangsung ialah jersi, topi red giants, mug, pelekat cukai jalan, pelekat kenderaan dan tali penyandang (lanyard).

Pada masa sama, katanya, kesemua barangan terbabit mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai memandangkan ada yang tidak berkesempatan membeli secara dalam talian.

“Untuk jersi, kita menawarkan promosi kepada mereka yang ada teamcard iaitu RM39 berbanding harga biasa RM49, manakala bagi barangan lain dijual RM10 (tanpa teamcard) dan RM9 (ada teamcard).

“Malah, kita juga menyediakan perkhidmatan pendaftaran teamcard secara dalam talian dengan bayaran RM20 sahaja dan kita akan mengeluarkan kad kepada mereka,” katanya.


Pengarang :