BERITA UTAMASELANGOR

Bekalan air di Klang pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 5 JUN: Bekalan air disemua kawasan sekitar Klang terjejas ekoran insiden paip utama pecah di Setia Alam telah pulih sepenuhnya.

Perkembangaan itu dimaklumkan Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan & Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad dalam satu kenyataan jam 6 pagi tadi.

“Pihak pengurusan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak terlibat khususnya pelanggan di atas kerjasama sepanjang tempoh gangguan dan pemulihan bekalan,” katanya.

Untuk sebarang maklumat mengenai bekalan air, pelanggan boleh melayari laman sesawang www.syabas.com.my, Facebook “Air Selangor”, Twitter @air_selangor dan aplikasi telefon pintar Air Selangor yang boleh dimuat turun di Google Play dan App Store untuk maklumat mengenai bekalan air anda.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira 9 pagi kemarin, beberapa kawasan di daerah Klang dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan paip utama 1800mm di Setia Alam.


Pengarang :