Bersatu Sabah dalam proses daftar 200,000 ahli | Selangorkini


About the contributor

Norway

Pengarang

Aishah Amin

Bersatu Sabah dalam proses daftar 200,000 ahli

KOTA BELUD, 8 Jun : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah kini sedang dalam proses mendaftarkan kira-kira 200,000 anggota, kata Penyelarasnya Datuk Hajiji Noor.

Beliau berkata penerimaan rakyat Sabah, khususnya golongan muda sangat memberangsangkan dan dijangka proses pendaftaran anggota itu dapat diselesaikan sehingga hujung tahun ini.

“Kita juga jangkakan anggota Bersatu Sabah boleh menjangku sehingga 300,000 dalam tempoh satu tahun akan datang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Anggota Dewan Undangan Negeri Usukan Datuk Japlin Akim di sini hari ini.


Hajiji berkata sejak dilancarkan pada 6 April lepas, semua 25 bahagian Bersatu Sabah sedang menyusun bahagian berkenaan termasuk sayap srikandi dan armada.

“Jadi apabila semua ini tersusun dalam masa terdekat, maka kita berharap majlis kepimpinan tertinggi Bersatu pusat akan dapat membuat keputusan supaya kesemua bahagian di Sabah dapat mengadakan mesyuarat perwakilan dan terlibat untuk menghantar perwakilan dalam perhimpunan agung Bersatu yang akan diadakan sebelum hujung tahun ini,” tambahnya.

Mengulas mengenai terdapat kumpulan yang mendakwa sebagai ketua bahagian Bersatu di Sabah, Hajiji berkata pihaknya telah berjumpa dengan kumpulan berkenaan dan kumpulan itu telah memberi kerjasama baik.

“Saya telah berjumpa dengan mereka dan mereka telah memberikan kerjasama dan akan terus memberi sokongan kepada pemimpin yang telah diputuskan oleh pucuk pimpinan untuk menerajui bahagian-bahagian Bersatu di Sabah,” katanya. -BERNAMA

Media Selangor Mobile App

Membawakan kepada anda berita terkini daripada Selangorkini, aplikasi mudah alih Media Selangor membekalkan kepada anda sumber yang dipercayai untuk liputan berita yang pantas di mana sahaja dan pada bila bila masa


Smiley face Smiley face


Kongsikan ini :

BERITA BERKAITAN

Prev
Next