EKONOMINASIONAL

Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari

KUALA LUMPUR, 20 JUN: Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, menjejaki prestasi tinggi bursa serantau, kata peniaga.

Seorang peniaga berkata penanda aras FBM KLCI meningkat apabila pelabur terus memantau hubungan dagang AS-China, selain memberi respon yang baik kepada keputusan Rizab Persekutuan AS yang mengekalkan kadar faedah.

“Namun ada kemungkinan kadar faedah akan diturunkan dalam tempoh terdekat seperti yang diminta oleh Presiden Donald Trump, memandangkan ekonomi AS kini berhadapan kelembapan dan inflasi rendah daripada sasaran,” katanya.

Pada 12.30 tengah hari, FBM KLCI menambah 2.27 mata kepada 1,668.81 berbanding 1,666.54 pada penutupan Rabu selepas dibuka 5.71 mata lebih rendah pada 1,660.83.

Indeks bergerak antara 1,660.83 dan 1,670.63 di sepanjang sesi pagi.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 340 berbanding 335, manakala 347 kaunter tidak berubah, 856 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.25 bilion unit bernilai RM978.65 juta.

Prestasi bursa tempatan didorong belian saham Tenaga, yang meningkat 38 sen kepada RM13.68, Genting (+19 sen kepada RM6.87) dan RHB (+10 sen kepada RM5.61).

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Genting Malaysia Bhd, Tan Sri Lim Kok Thay mengumumkan gaji beliau akan potongan sebanyak 20 peratus, yang dijangka membantu mengurangkan kos syarikat yang perlu membayar cukai perjudian yang lebih tinggi.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank susut satu sen kepada RM8.93, Public Bank turun 10 sen kepada RM23, dan Petronas Chemicals tidak berubah pada RM8.36, manakala CIMB turun empat sen kepada RM5.22.

Bagi saham aktif, Iskandar Waterfront susut enam sen kepada RM1.04, Borneo Oil dan Ekovest masing-masing tidak berubah pada 4.5 sen dan 84.5 sen, namun Greatech turun dua sen kepada 94.5 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 36.66 mata kepada 11,735.37, Indeks FBMT 100 menambah 37.71 mata kepada 11,590.91 manakala Indeks Syariah FBM Emas meningkat 61.92 mata kepada 12,070.58.

FBM Ace meningkat 33.67 mata kepada 4,356.98 dan FBM 70 melonjak 136.23 mata kepada 14,477.11.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 18.81 mata kepada 16,658.75, Indeks Produk & Perkhidmatan Perindustrian turun 0.14 mata kepada 160.13 manakala Indeks Perladangan merosot 73.73 mata kepada 6,980.76. – BERNAMA


Pengarang :