SELANGOR

Central i-City beri nilai tambah ekonomi Selangor

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 15 JUN: Kerajaan Negeri memyambut baik pembukaan pusat membeli-belah Central i-City di Seksyen 7 dan menyifatkannya sebagai satu lagi mercu tanda di Shah Alam.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, hasrat pemaju, i-Berhad yang mahu menjadikan i-City sebagai segi tiga emas mampu menambah nilai pelaburan, di negeri itu.

Katanya, usaha itu turut disusuli dengan penyediaan perumahan dan lot perniagaan untuk perkembangan ekonomi di Selangor, khususnya di Klang dan Shah Alam.

“Kita adalah kerajaan yang sangat pro kepada pelaburan dan industri. Semua polisi kita seperti ketelusan dan urus tadbir yang baik akan mempermudahkan pelaburan di segi tiga emas dimaksudkan pemaju.

“Apa yang menariknya, ia memberikan nilai tambah kepada Shah Alam yang bukan sahaja menjadi kota pentadbiran pada siang hari tetapi mampu hidup dan beraktiviti sehingga waktu malam walaupun majoriti penduduk menjadikan Shah Alam sebagai kawasan tempat tinggal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Perasmian Pusat Membeli-belah Central i-City yang disempurnakam Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Katanya, kolaborasi antara i-Berhad menerusi anak syarikatnya, I-City Properties Sdn Bhd bersama Centeal Pattana Public Company Limited (CPN) disifatkan menarik kerana syarikat dari Thailand itu berpengalaman luas membina 33 pusat-membeli belah selama 40 tahun di Thailand.

Katanga, jaringan perhubungan yang ada di sini mampu memberikan kesan positif kepada Selangor, selaras misi ke arah ‘Smart State’, pada 2025.


Pengarang :