NASIONAL

Cuti am 30 Julai sempena Hari Pertabalan Agong

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 28 JUN: Kerajaan memutuskan 30 Julai sebagai cuti am tambahan bagi seluruh negara.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar dalam satu kenyataan berkata, ia adalah bersempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengisytiharan Hari Kelepasan Am Tambahan itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan akan diambil oleh Kerajaan Negeri masing-masing mengikut undang-undang negeri,” katanya.


Pengarang :