LONDON, June 15 — Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad listening to an explanation from British Museum Deputy Director Jonathan Williams during his visit at the Al Bukhary Foundation Gallery The British Museum today. Tun Dr Mahathir arrived in London on Friday night for a three-day working visit to the United Kingdom (UK). Also present Berjaya Group Founder Tan Sri Vincent Tan (left) –fotoBERNAMA (2019) COPYRIGHTS RESERVED
GLOBAL

Dr Mahathir lawat galeri Yayasan Al-Bukhary di British Museum

LONDON, 16 JUN: Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu melawat Galeri Dunia Islam Yayasan Al Bukhary di British Museum di Bloomsbury, di sini.

Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira sejam melihat bahan-bahan pameran di galeri itu dengan diiringi Timbalan Pengarah muzium Johanathan Williams yang menerangkan tentang pelbagai artifak bersejarah yang melambangkan kegemilangan warisan Islam.

Semasa tiba, Dr Mahahtir disambut oleh para pegawai muzium, pegawai-pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan anak-anak tokoh perniagaan dan dermawan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary – Sharifah Sofia dan Syed Danial.

Turut hadir di galeri ialah Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Belia dan Sukan Syed Sadiq Abdul Rahman. Kehadiran Dr Mahathir itu menarik perhatian beratus-ratus pengunjung muzium.

Kunjungan itu adalah sebahagian daripada jadual lawatan kerja tiga hari Dr Mahathir ke United Kingdom bermula Sabtu.

Galeri Yayasan Al Bukhary sedang membantu British Museum mempamerkan kembali koleksi penting warisan Islam, dalam usaha mencerminkan hubung kait antara budaya Islam dengan Dunia Silam pada satu pihak, dan budaya Dunia Mediterranean dan Eropah di satu pihak lagi.

Yayasan Albukhary, sebuah organisasi amal yang memfokus kepada pembangunan sosial, ditubuhkan oleh Syed Mokhtar Shah Syed Nor Albukhary.

British Museum ditubuhkan pada 1753 sebagai muzium nasional awam pertama di dunia, memiliki antara koleksi kekal paling komprehensif terdiri daripada lapan juta karya dan hasil kerja, kebanyakannya bersumber dari era kemunck empayar British. – BERNAMA


Pengarang :