SELANGOR

Gangguan bekalan air di 33 kawasan sekitar Gombak

 

KUALA LUMPUR, 17 Jun : Tiga puluh tiga kawasan sekitar Gombak mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual hari ini, berikutan insiden paip pecah di hadapan Family Mart, Taman Prima Sri Gombak.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad memaklumkan kerja-kerja pembaikan disasar dapat disiapkan dalam tempoh 24 jam.

“Penutupan sementara bekalan air dilakukan bagi membolehkan kerja-kerja kecemasan pembaikan paip dapat dilaksanakan.

“Bantuan lori-lori tangki air akan digerakkan dan segala usaha sedang diambil bagi meminimumkan impak gangguan bekalan kepada pelanggan terjejas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kawasan terjejas itu adalah Astana Gemilang; Batu 3 hingga Batu 5 Jalan Gombak; Batu Caves Centre Point; Bukit Lela; Desa Minang; Kampung Changkat; Kampung Kerdas; Kampung Kuantan; Kampung Lee Kong Chian; Kampung Melayu Sri Gombak; dan Kampung Sungai Mulia.

Turut terjejas Kampung Sri Gombak Indah; Kampung Tengah Gombak; Perusahaan Ringan; Pinggiran Batu Caves; Prima Sri Gombak; Simpang 3; Taman Berlian; Taman Bolton; Taman Gemilang; Taman Gombak Jaya; dan Taman Gombak Setia.

Taman Harmonis; Taman Ibu Kota; Taman Indah Gemilang; Taman Perwira Gombak; Taman Sahabat; Taman Setapak; Taman Setapak Permai; Taman Setia Gombak; Taman Sri Gombak; Taman Suria Setapak; dan Taman Teratai Mewah.

Abdul Raof turut memaklumkan status terkini mengenai gangguan bekalan air tidak berjadual itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan pengguna boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi aplikasi Air Selangor di telefon bimbit dan laman sesawang www.syabas.com.my. -BERNAMA


Pengarang :