BERITA UTAMASELANGOR

Jelajah 360 Smart Selangor jengah penduduk Kajang

OLEH NADIAH ZAMLUS

KAJANG, 29 JUN : Jelajah 360 Smart Selangor kini menjengah penduduk Kajang selepas ia berjaya dianjurkan di Kuala Selangor, Kuala Kubu Bharu dan juga Sabak Bernam.

Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Bukan Islam, Hee Loy Sian berkata, jelajah itu dilihat mampu menghubungkan rakyat secara terus kepada pentadbiran negeri dan pada masa sama ‘service delivery’ Kerajaan Negeri dapat ditingkatkan.

Katanya, oleh sebab itu, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor terus komited untuk mempromosi program Smart Selangor menerusi Jelajah 360 Smart Selangor kepada rakyat sebagai usaha bagi membolehkan negeri ini menjadi negeri pintar di Asia menjelang 2025.

“Rakyat perlu memanfaatkan sebaiknya pelbagai inisiatif yang diperkenalkan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan kualiti kehidupan mereka.

“Smart Selangor penting untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan inisiatif ini perlu untuk difahami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap bagi merasmikan Jelajah 360 Smart Selangor bertempat di Stadium Kajang, hari ini.

Hadir sama Naib Canselor Universiti Selangor, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman.

Loy Sian berkata, melalui jelajah itu pelbagai program dan aktivititi menarik disediakan buat pengunjung khasnya penduduk Kajang dan sekitarnya.

Katanya, selain berpeluang mendapat pendedahan mengenai Smart Selangor, orang ramai juga berpeluang didedahkan dengan Inisiatif Peduli Rakyat khusus buat rakyat dalam suasana lebih santai dan meriah.


Pengarang :