EKONOMI NASIONAL

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil

KUALA LUMPUR, 7 JUN: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dianggarkan pada RM29.01 bilion dalam sistem konvensional dan RM16.18 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menawarkan tiga tender pasaran wang konvensional terdiri daripada RM2 bilion bagi tujuh hari, RM1 bilion bagi 14 hari dan RM1 bilion bagi 21 hari.

Ia juga akan menawarkan satu tender Qard Lelongan Matang Pelbagai Islam (iRMA) bernilai RM3.8 bilion bagi tujuh hari hingga 31 hari.

Pasaran ditutup dua hari pada 5-6 Jun bersempena dengan cuti Hari Raya Aidilfitri.

Pada 4 petang, BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai RM25.0 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM12.4 bilion. – BERNAMA


Pengarang :